Alumni telah ditubuhkan pada tahun 2010 dibawah Pusat Tanggung Jawab CISEC. Unit ini berfungsi untuk menjalinkan hubungan yang berterusan dalam bentuk profesional dan sosial di antara Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah(PTSB) dan Alumni PTSB. Perhubungan ini juga diharap akan dapat memupuk rasa kepunyaan dan kecintaan kepada PTSB secara berterusan di kalangan para Alumni.