#

PENGENALAN

PENGENALAN UNIT ALUMNI

Alumni telah ditubuhkan pada tahun 2010 di bawah Pusat Tanggung Jawab CISEC. Unit ini berfungsi untuk menjalinkan hubungan yang berterusan dalam bentuk profesional dan sosial di antara Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dan Alumni PTSB. Perhubungan ini juga diharap akan dapat memupuk rasa kepunyaan dan kecintaan kepada PTSB secara berterusan di kalangan para Alumni.



#

VISI & MISI UNIT ALUMNI

MOTO

Alumni Bersama Memperkasakan Politeknik

VISI

Menjalin, memperkembangkan dan memantapkan interaksi antara Alumni dan PTSB untuk membantu PTSB mencapai matlamatnya.

MISI

Mewujudkan rangkaian perhubungan yang berfungsi untuk menjalinkan perhubungan dalam kalangan Alumni dan PTSB

OBJEKTIF UNIT ALUMNI

  • 1. Mewujudkan hubungan yang berkekalan antara Alumni dengan PTSB
  • 2. Menyebarkan maklumat dan berita mengenai Alumni dan PTSB
  • 3. Menarik minat, sokongan dan kerjasama daripada Alumni kepada     PTSB melalui aktiviti seperti reunion, homecoming, seminar, makan     malam, sukan dan sebagainya
  • 4. Memberi pengiktirafan kepada Alumni yang telah berjaya dalam     kerjaya, terlibat dalam aktiviti masyarakat dan berjasa kepada     negara dan dunia

PEGAWAI UNIT ALUMNI PSTB